Latar Belakang

April 18, 2024 (Admin) INFO PBM

 

Pendidikan adalah satu kepentingan untuk membangunkan negara. Oleh itu, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pendidikan orang di tiga wilayah sempadan selatan Thailand, pendidikan itu sangat penting. Ia juga memerlukan faktor utama untuk orang dalam kawasan mempunyai ilmu pengetahuan dan kebolehan yang dapat berbanding dengan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, iaitu pembangunan kurikulum pendidikan yang sesuai dengan prestasi orang di tiga wilayah selatan Thailand. Sehubungan itu kesesuaian dengan alam sekitar dan institusi juga tergolong dalam faktor tersebut. Sebelum ini, fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Rajabahat Yala mula mengadakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada tahun 2008. Struktur kursus ini akan memberi tumpuan kepada linguistik bahasa Melayu dan kelebihan kursus ini adalah menggalakkan pelajar menjalani latihan amali di Universiti Kebangsaan Malaysaia dan Universiti Malang Indonesia. Program Bahasa Melayu ini ramai peninat yang ingin belajar. Pihak lembaga pembangunan kurikulum dapat memeriksa kurikulum yang berkaitan dan didapati bahawa kurikulum yang sudah diadakan itu mempunyai pebezaan seperti Bahasa Melayu, Pengajian Melayu dan Pengajian Bahasa Indonesia. Namun, apabila ditimbangkan struktur kurikulum dan kursus yang lain didapati bahawa pendidikan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu  iaitu kurikulum yang dibentukan pengajaran dan pembelajaran bidang bahasa dan budaya.

          Berdasarkan data yang diperolehi dan hasil keperluan pelajar, mahasiswa sarjana muda sastera program Bahasa Melayu dikehendaki kurikulum mengembangkan menjadi program Pendidikan Bahasa Melayu untuk mencadang pekerjaan dalam bidang pengguruan kepada pelajar. Struktur kurikulum berfokus kepada linguistik Bahasa Melayu dan Pendidikan Bahasa Melayu. Pihak Lembaga pembangunan kurikulum dapat buat kajian lapangan dan didapati bahawa sekolah-sekolah di tiga wilayah selatan Thai banyak pembelajaran dan pengajian Bahasa Melayu. Sehubungan itu gugu-guru yang mengajar Bahasa Melayu bukan guru yang tamat dalam bidang Bahasa Melayu kerana masih belum ada guru yang tamat dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu.

          Kelebihan program Pendidikan Bahasa Melayu ialah pelajar dapat mengunakan Bahasa Melayu yang menjadi sebagai identiti bagi orang tempatan untuk membangunkan tanah air dan dapat membangunkan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar tempatan. Pengajaran ini disepadukan dalam bahasa dan budaya yang disampaikan oleh guru Melayu yang minat dalam bahasa dan identiti mereka sendiri. Di samping itu, graduan dapat merancang pengajaran dengan menggunakan teknik pengajaran Melayu yang selaras dengan identiti tempatan. Program Pendidikan Bahasa Melayu juga sebagai program pertama dalam negara Thailand yang bermula mengajar Bahasa Melayu untuk guru dan dapat sepadukan pembelajaran Bahasa Melayu dengan Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat negara dan ASEAN.